Ada beberapa barang yang ramai orang menyesal tak beli as a first time mum. Kalau anda tengah pregnant sekarang, jangan terlepas pandang barang-barang ni!

Senarai Barang Yang Ramai Orang Menyesal Tak Beli

  1. Nursing pad — sangat penting untuk elak susu titis keluar dan membasahkan baju.
  2. Milk collector — untuk tadah susu yang naturally keluar semasa breastfeed sebelah lagi.
  3. Nipple cream — untuk jaga dan protect nipple yang sakit especially pada awal-awal menyusu.
  4. Socks pantang — kaki sejuk masa dalam pantang, wajib ada!
  5. Bedung zip — jauh lebih senang dari bedung biasa, terutama waktu tukar lampin malam-malam.
  6. Nursing chair — kalau boleh invest sikit, nursing chair sangat membantu masa menyusu dan masa nak tidurkan baby.
  7. Lactation massager — membantu melancarkan susu dan reduce blocked ducts.
  8. Kain batik bergetah — wajib ada untuk alas katil atau playmat baby supaya tak kotor katil.
  9. Pyjamas — baju yang selesa dan senang nak breastfeed, jangan lupa beli cukup!
  10. Nursing pillow — untuk support baby masa breastfeed dan elakkan sakit belakang.

Baca juga: Keperluan Semasa Mengandung

Semoga list ni membantu moms-to-be semua. Prep awal-awal, insya-Allah lebih tenang! 🤍